Masih ingat lagi muka depan akhbar milik umno yang disifatkan sebagai "penipu besar "ini, akhbar yang boleh kita sifatkan sebagai pemecah belah keharmonian masyarakat malaysia, akhbar yang menyandarkan blog pro umno untuk dikaut sumbernya dan dijadikan tajuk muka depan.. sesungguhnya akhbar ini tidak lagi harus ada.. kerana ia terlalu merbahaya
malaysia insider hari ini mengeluarkan satu artikel yang menafikan sama-sekali apa yang ditulis oleh akhbar tersebut, semakin ramai tampil menentang keras apa yang telah dilakukan oleh akhbar ini...yang terbaru dari
Datuk Paul Low. (Presiden Transparency International Malaysia )
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) itu yang hadir sebagai penceramah undangan pada program Unashamedly Ethical Conference (UEC) 5 Mei lalu di George Town berkata, ikrar yang dibuat hanyalah berkaitan dengan pendekatan antirasuah.malaysia insider hari ini mengeluarkan satu artikel yang menafikan sama-sekali apa yang ditulis oleh akhbar tersebut, semakin ramai tampil menentang keras apa yang telah dilakukan oleh akhbar ini...yang terbaru dari
Datuk Paul Low. (Presiden Transparency International Malaysia )
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Tiada sebarang bentuk pakatan atau konspirasi antara komuniti Kristian dan pemimpin DAP di Pulau Pinang awal bulan ini untuk menjadikan Malaysia negara Kristian, kata Datuk Paul Low.
“Saya boleh mengesahkan bahawa tiada pakatan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi atau kata sepakat mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian dibuat pada 5 Mei atau bila-bila masa ketika persidangan itu,” kata Low pada sidang media di sini hari ini.
Low menambah, beliau amat risau ekoran dakwaan-dakwaan dibuat oleh beberapa blogger dan juga akhbar Utusan Malaysia kononnya ada sesi ikrar mahu melantik perdana menteri daripada kalangan Kristian.
Pada sidang media khas ini, beliau beberapa kali menekankan bahawa dakwaan sedemikian adalah tidak benar.
Sambil mempertahankan penganjuran persidangan itu, Low berkata, tujuannya adalah untuk menggalakkan amalan “beretika, nilai-nilai baik dan kehidupan yang bersih” di kalangan penganut Kristian.
Katanya, ikrar atau kata sepakat yang dibuat termasuklah yang berkaitan dengan lafaz Integriti Korporat kendalian Institut Integriti Malaysia (IIM), Pemandu dan TI-M.
Sehubungan itu kata Low, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya kepada polis.
Low juga berkata, beliau melihat isu semasa semakin membesar dan ia tidak baik bagi negara.
“... saya merasakan bertanggungjawab untuk mengatakan bahagian saya. Saya tidak boleh duduk diam. Saya telah hadir pada majlis itu, saya ada dalam gambar yang disiarkan di Internet,” kata Low lagi.
Laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.
Akhbar harian milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Utusan Malaysia melaporkan perkara itu selepas memetik laporan sebuah blog yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi-paderi di sebuah hotel di Pulau Pinang.
Bagaimanapun kumpulan Kristian dan DAP menafikan dengan keras dakwaan itu sambil menyifatkan laporan Utusan Malaysia itu “pembohongan yang bahaya.”
@TUKANGLAWAN Semua orang dah tahu pembohongan utusan, dari cerita kaum kepada isu agama dijaja, hanya mahu menarik simpati orang melayu yang sekarang semakin muak dengan sikap dan kelakuan ala budak kecik umno .. pendapat tukanglawan akhbar milik umno nei lebih sesuai buat bungkus nasi lemak dari jadi bahan bacaan.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.