Apa itu Mubahalah & Sumpah Li'an ?
Hari ini kita dikelirukan antara MUBAHALAH dan SUMPAH LI'AN.
Dalil MUBAHALAH - "Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:
"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Ali-Imran:61)
Dalil SUMPAH LI'AN - "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur : 6-9)
Apa yang dibuat geng DATO' T itu BUKAN Mubahalah dan BUKAN Sumpah Li'An, kerana tidak menepati satu pun berdasarkan dalil di atas. Jika DATO' T mahu berMUBAHALAH, DATO' T kena bawa semua anak-anak dan bini-bini ke tengah padang (bukan dalam masjid sambil pegang AL-Quran) dan mohon kepada Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan minta Allah laknat ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.
Perbuatan mereka juga bukan Sumpah Li'an, kerana Sumpah Li'an (menuduh isteri berzina) hanya terpakai dalam konteks suami dan isteri. Mereka sepatutnya mendakwa Dato Seri Anwar Ibrahim(jika benar) ke Mahkamah Syariah untuk diadili bersama dengan 4 orang saksi. Berikut adalah dalil Al-Quran berkenaan keperluan membawa 4 orang saksi jika menuduh zina (qazaf).
"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (An-Nuur:12-13).
@CakapsoSial :
Apa yang betul itu betul, apa yang salah takkan betul pula ? Tak pernah dalam sejarah Islam, seseorang muslim yang bersumpah dengan cara mubahalah atau Li'an (kes suami isteri) dengan niat ingin menolak fitnah atau memfitnah. Ikut mazhab mana ni ? Apa jenis sumpah pegang al-Quran ni ? Mana belajar ni ? Yang peliknya, ustaz boleh membenarkan pula sumpah cara sebegini ? Apa pula pandangan Jabatan Agama ye tentang sumpah sebegini ?
Urusan mana lebih penting ? Sumpah ke siasat ? Kalau setiap penjenayah boleh bersumpah hanya untuk mengelakkan dari kesalahan yang dibuat, apa perlunya ada penguatkuasa, jabatan siasatan, polis dan mahkamah ? Baik belajar sumpah je lepas ni.
Mana pergi rasional akal manusia ?
Mana pergi laporan siasatan yang lebih penting untuk diuruskan pihak berkuasa ?
Jadi siapa yang berlakon dan siapa yang tidak berlakon.
Siapa benar dan siapa salah, siapa pendusta dan siapa difitnah, takkan masih tak dapat nak bezakan ? Atau anda mahu bersubahat ?

CakapsoSial [CS]
Siapa benar dan siapa salah, siapa pendusta dan siapa difitnah, takkan masih tak dapat nak bezakan ? Atau anda mahu bersubahat ?
+ comments + 1 comments
yang risaunya sumpah sekarang dah jadi macam satu benda yang betul perbuatan nya. mana mungkin sumpah boleh menyelesaikan masalah.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.