Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk
Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan kembaranya ke negeri Perak pula pada
Ahad, 7 Oktober ini.

Anwar kemudiannya akan menghadiri Majlis Minum Petang bersama
pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di Markas PAS Titi Gantung, sebelum
menunaikan solat dan tazkirah
Maghrib di kawasan yang sama.
Maghrib di kawasan yang sama.
Pada sebelah malam, dua ceramah akan diadakan iaitu di Sitiawan dan Bagan Datuk.
Selain Anwar, ceramah bakal dibarisi panel Ketua Penerangan KEADILAN,
Dr Moh Nur Manuty; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Majlis
Pimpinan Pusat, Mustafa
Kamil Ayub; pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.
Kamil Ayub; pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan ramai lagi pemimpin Pakatan negeri.
Siri Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh negara telah dimulakan pada 31 Ogos lalu selama dua bulan.
Pada siri pertama program itu, bas jelajah Merdeka Rakyat bersama
konvoi bergerak dari ibu pejabat KEADILAN menyelusuri tiga negeri
bermula di Pahang, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan berakhir di Perlis.
Siri kedua pada 7 September pula bergerak ke selatan tanahair iaitu Negeri Sembilan dan Melaka.
Pada 14 September, jelajah siri tiga diteruskan ke Johor, negeri yang paling memberi cabaran di sepanjang perjalanan.

Siri terbaru ialah pada 30 September lalu, Anwar turun ke beberapa lokasi di sekitar Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.